AZYMA GROUP SDN BHD (1260884-K) atau dirujuk sebagai AGSB adalah sebuah syarikat milik penuh 100% Bumiputra. AGSB ditubuhkan pada 21hb Disember 2017 di bawah Akta Syarikat 2016.

Dengan rangkaian produk jenama AZYMACARE, AGSB akan menumpukan perniagaan dalam bidang pembuatan dan pemasaran pelbagai produk pengguna di bawah kategori “skincare” seperti gel mandian, pencuci muka, syampu dan lain-lain.

Produk-produk Azymacare diformulasikan daripada bahan semuladi berasaskan tanah liat kaolin yang bersih dan suci sebagai bahan utama, bersama-sama ekstrak bahan-bahan semulajadi yang lain untuk memberi manafaat yang tidak ternilai pada kulit.

AGSB mensasarkan produk ini untuk kegunaan umum sesuai untuk semua golongan termasuk yang mempunyai kulit sensitif kerana bahan-bahan yang digunakan adalah pastinya dari sumber semulajadi, sihat dan suci (Natural, Healthy, Hygiene) serta mendapat pengiktirafan HALAL dari Jakim dan pensijilan ”Dermatologist Tested” sedunia.

AGSB juga beriltizam untuk memenuhi keperluan semua dengan menyediakan rangkaian produk penjagaan badan dan kulit yang 100% halal dan suci, tidak mengandungi bahan-bahan kimia yang terlarang dan lemak haiwan bagi menjamin kesempurnaan ibadah dan menghargai kehidupan selaras dengan tagline kami “Appreciate Life”.