Dasar Pulangan Azymacare

Semua produk yang dibeli terus dari Azymacare.com, termasuk produk promosi, boleh dikembalikan dalam masa 30 hari dari tarikh penerimaan penghantaran.

Produk boleh dikembalikan dalam masa 30 hari dari tarikh penerimaan penghantaran dengan menghubungi kami di admin@azymacare.com. Ia boleh mengambil masa sehingga 14 hari bagi produk untuk sampai kepada kami sebaik sahaja anda mengembalikannya. Setelah produk berkenaan diterima, kami akan mengambil masa 2 hari perniagaan untuk memproses bayaran balik anda dan 3 – 5 hari perniagaan untuk jumlah bayaran balik dipaparkan di dalam akaun anda.

Semua pulangan produk perlu anda tanggung sendiri segala perbelanjaannya. Azymacare HQ secara automatik akan membayar balik sehingga RM10 untuk kos penghantaran balik apabila menerima produk tersebut. Sekiranya kos penghantaran balik anda melebihi RM10, anda boleh menghubungi kami melalui e-mel admin@azymacare.com untuk meminta bayaran balik baki kos pos. Jika anda mengembalikan produk yang salah atau rosak, pihak Azymacare akan mengembalikan kos pos sepenuhnya sebaik sahaja pemulangan anda selesai diproses.