Uncategorized

Kegunaan chamomile untuk kulit sunburn

‘Chamomile’ adalah sejenis bunga yang asalnya daripada keluarga bunga matahari ‘Asteraceace’. Pada mulanya menjadi tumbuhan semusim di negara Eropah dan negara – negara Asia yang mempunyai cuaca sejuk dan ia juga telah tersebar luas di beberapa negara lain seperti negara Amerika Utara dan Australia.

 

Tumbuhan ‘chamomile’ ini juga dikenali sebagai ‘tumbuhan doktor’ kerana ia dapat merawat pelbagai penyakit kulit dan penyakit yang berkaitan kesihatan seperti penyakit insomnia, sakit perut, radang usus dan sebagainya. Disebabkan itu, telah banyak syarikat di seluruh dunia menghasilkan minuman teh, ubat – ubatan dan produk – produk yang berasal dari bunga ‘chamomile’. Khasiat yang terkandung di dalam bunga ‘chamomile’ ini sangat memberi manfaat kepada manusia.

 

Teh ‘chamomile’ adalah untuk menyembuhkan sakit perut, radang usus serta insomnia. Dinasihatkan untuk meminum secawan teh setiap pagi sebelum sarapan selama 2 – 3 bulan. Teh ini dapat melegakan dan mengurangkan rasa sakit itu serta bertindak menenangkan seseorang yang mengalami insomnia untuk rileks dan tidur.

 

 

Kebaikan bunga ‘chamomile’ pada kulit pula adalah dapat mengurangkan rasa kegatalan di kulit kesan dari penyakit kulit mahu pun gigitan serangga. Ia mempunyai khasiat ‘levomenol’ yang khusus untuk mengurangkan kerosakan dan rasa kegatalan di kulit serta struktur ataupun ejen anti-inflamasi yang juga dapat membantu mengatasi masalah jerawat, selaran matahari (sunburn), ruam dan sebagainya. Tambahan pula, dengan khasiat ‘chamazulene’ yang sangat baik untuk penyembuhan luka ia dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka dengan mengeringkan bahagian luka itu.

 

Khasiat ‘levomenol’ bukan sahaja untuk mengurangi rasa kegatalan di kulit tetapi ia juga bertindak sebagai zat pelembap yang efektif untuk semua jenis kulit. Di samping itu, anti oksidan atau lebih dikenali sebagai ‘apigenin’ sangat baik untuk kulit kerana ia dapat mencerahkan dan menyihatkan kulit muka dan badan. Jadi, khasiat bunga ‘chamomile’ ini memang sesuai untuk semua jenis kulit.

 

Produk mandian daripada Azyma Care ini juga mempunyai khasiat daripada bunga ‘chamomile’. Ia memberikan kelembapan yang efektif pada kulit serta dapat mengurangkan rasa kegatalan di kulit akibat daripada gigitan serangga mahu pun penyakit kulit yang lain. Pada yang mengalami kulit badan yang berjerawat juga sangat sesuai menggunakan produk mandian ini kerana ia dapat mengecutkan jerawat itu. Tambahan pula, ia dapat mencerahkan kulit badan.

 

Boleh layari website kami di www.azymacare.com ataupun hubungi 019-7760647 untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *