7 Khasiat tanah liat kaolin untuk kulit yang lembut dan halus.

Umumnya, semua sudah sedia maklum bahawa khasiat atau kebaikan tanah liat kaolin (kaolin clay) ini pada kulit manusia. Tidak kira pada kulit muka mahupun pada kulit badan ia dapat merawat dan memulihkan masalah kulit pada seseorang itu.

 

Kandungan mineral, kalsium, oksigen dan zinc oxide yang tinggi dalam tanah liat ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit malah untuk masalah kesihatan juga seperti cirit – birit. Dengan meminum serbuk tanah liat kaolin ini bercampur air ia dapat mengurangkan masalah cirit – birit itu.

 

 

Manakala, kebaikan tanah liat kaolin ini pada kulit manusia pula adalah ia dapat menyerap lebihan minyak di muka dan badan. Ia sangat sesuai kepada seseorang itu yang mempunyai masalah kulit muka yang berminyak. Kerana daripada kulit berminyak serta liang pori – pori yang besar dan tersumbat, terhasilnya masalah jerawat. Jerawat adalah musuh utama kepada kulit manusia.

 

Disebabkan itu, kandungan mineral yang terdapat dalam tanah liat kaolin ini dapat menyerap lebihan minyak dan membersihkan sehingga ke liang pori – pori. Serta, ia dapat mengecutkan jerawat di muka dan badan.

 

 

 

Bagi seseorang itu yang mengalami masalah kulit badan yang berparut kesan daripada gigitan serangga kecil mahupun masalah kulit yang lain seperti kudis, ruam dan luka, khasiat tanah liat kaolin ini dapat membantu menyembuhkan masalah kulit dan memudarkan parut – parut yang terhasil kesan daripada masalah kulit itu.

 

Masalah kulit yang paling popular di Malaysia adalah masalah selaran matahari ataupun lebih dikenali sebagai (sunburn). Kedengaran seperti perkara biasa dan remeh tetapi itulah masalah yang ramai rakyat di Malaysia menghadapinya sekarang. Dengan suhu yang paling tinggi pernah tercatat ialah 40⁰C, kesannya kulit mereka terkena (sunburn) dan naik keradangan yang merah serta ruam di badan.

 

Khasiat (zinc oxide), kalsium dan garam yang terkandung di dalam tanah liat kaolin ini dapat membantu merawat masalah (sunburn), membuang sel – sel kulit mati dan disamping itu ia dapat mencerahkan serta melembapkan kulit.

 

 

Pada yang aktif bersukan dan suka melakukan aktiviti – aktiviti luar yang lasak. Usah berasa risau dengan masalah bau badan kerana khasiat tanah liat kaolin ini dapat menghilangkan bau badan yang kurang menyenangkan. Jadi, sama ada seseorang itu minat aktiviti sukan air, mendaki bukit, berbasikal dan sebagainya perkara itu tidak menjadi masalah lagi.

 

 

Khasiat tanah liat kaolin ini terdapat pada produk Azyma Care. Sebuah produk mandian yang berasaskan daripada tanah liat kaolin dan bahan – bahan organik yang lain serta ia halal di Malaysia.

 

Cara penggunaan pun sangat senang, hanya picitkan di atas span mandi dan mula menggosok di seluruh badan. Biarkan seketika dan bilas. Sebotol Azyma Care produk ini dapat digunakan selama 2 bulan

About The Author

azymacare

No Comments

Leave a Reply